|
|
ABOUT
Leia|Satunam|Kesuma's manusia yang punya perasaan sama macam kau kau kau dan kau. menghamburkan kata kata yang terperosok dalam lubuk hati ke bentuk tulisan untuk dipertontonkan kepada insan yang masih reti membaca dan memahami isi hati seorang remaja. sekian. RECENT UPDATE
WISHLIST
|
pertama.
Monday 10 February 2014 | 17:41 | 0 letters
amboi klisenya tajuk post.
dah memang post pertama, dan tak tahu apa tajuk mahu diberi, memang Pertama jadi bahan ini hari untuk tajuk post kali ni.
jujurnya, tak tahu nak cerita apa. tapi tak apa. aku akan tetap disini menaip tak berhenti untuk 5 minit lagi, atau mungkin 6 atau 7. mungkin itu tidak penting untuk kau ketahui.
pentingnya disini, isi yang aku ingin tunjuk, tak mahu belok kanan atau kiri. ingin ku khabarkan yang aku ingin kembali aktif disini. menaip segala yang aku ingini dek kerana akal, minda dan hati tak mampu lagi menampung cerita sensasi rekaan sendiri mahupun soalan cepumas yang tak akan pernah ada jawapan yang melekat di sanubari.
sebabnya, aku memang begini. tak gemar bercerita apa yang berlegar, berjalan, berlari di minda kecil milikku ini. lumrah atau takdir? kedua dua mungkin. sebelumnya aku fikir, aku boleh. ya lah, boleh tidak menulis. "fikir sahajalah, kemudian buang. dah besar bukan? tak ada masa nak fikir benda yang tak masuk akal dan bukan bukan" malangnya, telah ku itu, salah sama sekali. buktinya apa? aku kan sudah kembali.
jadi ingin aku ulangi lagi, walaupun tiada siapa peduli. aku tak kesah, kerna apa? jadi saja diri sendiri. cerita apa saja yang ingin kau bongkari dari hati kecil milikmu sendiri. tiada siapa marah, kerana disini, aku yakin dan juga pasti. oh tidak, telah ku tetapkan sendiri. disini tempat ku bebas menarikan tangan ku di atas papan kekunci. mencoretkan apa sahaja yang aku gemari. pandangan kau minta ketepi. kerna disini hanya bibir dan hatimu ku minta berfungsi.
apa lagi? seperti ada lagi yang ingin aku khabari. tapi ntah lah, tangan minta berhenti. minta dikasihani. ingin diberi muka namun terasa mahu menulis lagi.
tak apalah, ada masa tulislah lagi. memikirkan masih ada oral assesment test pada keesokan hari. memikirkan suara nyaring guru bahasa inggeris, Puan Badariah. memikirkan preskripsi yang akan dibuat beliau jika tiada seorang pun yang akan memenuhi jangkaan beliau untuk ujian esok hari, aku lagi rela mengkorbankan masa menulis dengan mentelaah dan menghafal teks.
bye, semua.
|